Pembungkusan Pek Prihatin Ramadan 2021
Pembungkusan Pek Prihatin Ramadan 2021

3 April 2021, Sabtu - Sebanyak 2,400 Pek Prihatin Edaran Ramadan telah berjaya didapatkan dan dibungus semasa sesi pembahagian dan pembungkusan Pek Prihatin, anjuran Relawan Muda ISMA di Masjid Al-Falah USJ, pagi tadi.

Saudara Haziq Mahmur, Timbalan Pengerusi Pembina Gombak, Saudara Khaziq Ashraf, Jawatankuasa Aktivisme Pembina Gombak bersama sama Saudara Amar Johan, Saudara Hakim Hassan, Saudara Faisal dan Saudara Abid selaku wakil sukarelawan Pembina Gombak turut bersama - sama turun padang bagi membantu membahagi dan membungkus pek pek tersebut.

Pek Prihatin Edaran Ramadan ini akan diedarkan kepada penerima - penerima bantuan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *