Majlis Ramah Mesra Bersama Pembina UIA Gombak
Majlis Ramah Mesra Bersama Pembina UIA Gombak

3 Apr, Sabtu - Disebalik ruang keprihatinan yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti dalam membenarkan pelajarnya dapat keluar masuk kampus, Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Gombak melalui Pengerusinya; Sdr. Mohamad Fathil Aqil Abdullah dan Ketua Beliawanis; Sdri. Norfatihah Ibrahim mengambil kesempatan mengadakan majlis ramah mesra bersama kepimpinan Pembina UIA khususnya buat mereka yang berada di sekitar Gombak.

Dalam majlis ini, Sdr. Fathil mewakili seluruh kepimpinan Pembina Gombak menyampaikan ucapan tahniah atas pencapaian semasa Pembina UIA yang kekal beraktivisme dan giat menjalankan kerja-kerja pembinaan jati diri ahli dengan jayanya biarpun dalam tempoh norma baharu.

Diharapkan Pembina UIA akan semakin kukuh pasak organisasinya dan bertambah gencar memberi manfaat kepada masyarakat kampus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *